Tutup

PRK Tanjung Piai: SPR kesan 74 kesalahan sepanjang lapan hari berkempen

Sebanyak 74 kesalahan telah direkodkan pasukan petugas kempen Pilihan Raya (KK-KPR) sepanjang lapan hari tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai. Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, Barisan Nasional telah membuat 35 kesalahan berhubung bahan kempen, diikuti Pakatan Harapan sebanyak 20 kesalahan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia sebanya 8, dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia sebanyak 2.