Tutup

Produk berasaskan babi ditahan

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menahan sebuah lori yang membawa produk berasaskan babi dari Thailand tanpa sebarang dokumen yang sah daripada MAQIS seperti import permit di Kompleks ICQ Durian Burung, pada Rabu. Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah lori jenis Isuzu mendapati sebanyak 100 kilogram produk hasilan babi berupa sosej cuba diseludup masuk ke Malaysia.