Produk Malaysia diangkat di China

Produk dan perkhidmatan Malaysia diangkat di China melalui pelancaran Minggu Malaysia oleh kumpulan Alibaba di bandar Hangzhou. Ia menampilkan 50 jenama berkualiti Malaysia serta 30 perkhidmatan pelancongan dan pengembaraan Malaysia untuk diperkenalkan kepada penduduk China.