Tutup

Produktiviti pekerja tidak seimbang dengan bayaran upah - CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan produktiviti kerja yang disumbangkan oleh kumpulan pekerja di Malaysia tidak seimbang dengan gaji yang diterima. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata kadar kenaikan gaji dalam kalangan pekerja di negara ini hanya sebanyak 35 peratus daripada nilai produktiviti.