Program dan hadiah menarik penonton Astro Ramadan ini

Dalam keseronokan menyambut bulan yang penuh berkat iaitu Ramadan yang bakal menjelma, siapa tahu anda mungkin penonton bertuah memenangi hadiah pakej umrah dan ziarah eksklusif bernilai sehingga RM100 ribu yang ditawarkan Astro. Sempena Ramadan, Astro memperhebatkan program yang bakal menemui penonton setia menerusi platform televisyen, radio dan ruangan digitalnya.