Tutup

Program Food Bank siswa beri manfaat kepada pelajar

Susulan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, kerajaan memutuskan untuk meluaskan program Food Bank Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ke semua universiti. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif ini bertujuan untuk menyalurkan lebihan makanan kepada mahasiswa yang memerlukan pada masa yang sama meringgankan beban hidup yang ditanggung.