Program mendaya komuniti dilancarkan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin melancarkan program mendaya komuniti yang merupakan projek rintis di bawah dasar komuniti negara. Untuk permulaan, katanya, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 akan menjadi antara projek perintis yang akan melalui tempoh kajian selama sebulan.