Video  | Bisnes

Program Mentor Mentee TEKUN bangunkan usahawan Bumiputera

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dengan kerjasama Bumi Services Sdn Bhd melancarkan Program Mentor Mentee makanan laut bergerak bagi mewujudkan peluang perniagaan kepada usahawan. Sebagai permulaan, seramai 9 orang usahawan telah terpilih menyertai program ini dengan pembiayaan sebanyak RM72 ribu seorang.