Program Mikro Kredit MTDC - Protellus bantu pelajar minat berniaga

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) akan menyumbang baucer RM40 ribu dalam bentuk program Akademi Latihan Teknopreneur kepada pelajar Kolej UNITI yang terpilih bagi menjalani Program MTDC Protellus Mikro Kredit. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Norhalim Yunus, program itu merupakan pendedahan kepada pelajar dalam mencari pengalaman serta mengembangkan perniagaan.