Tutup

Program pembasmian kemiskinan bandar diperluas

Pembinaan enam rumah di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menjadi projek perintis bagi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar PPKB di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tahun ini. Menurut Datuk Bandar, Datuk Mohamad Kamil Othman, pelaksanaan PPKB adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada dua peratus dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10.