Tutup

Video  | 

Program Tabung untuk Makanan akan diwujudkan semula

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melakukan kajian terperinci terhadap usaha mewujudkan semula 'Tabung Untuk Makanan' bagi menggalakkan pertumbuhan sektor pertanian di negara ini. Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kewujudan semula tabung itu dapat membantu sektor pertanian berikutan dana sedia berjumlah RM2 bilion sudah habis digunakan.