Program Ziarah Cakna perluaskan konsep sekolah penyayang

Guru berperanan dalam pembinaan karakter murid secara holistik dengan nilai manusiawi yang tinggi bagi menyediakan generasi pemimpin pada masa hadapan. Bagi mencapai tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa atau penjaga melalui Program Ziarah Cakna yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula Ahad ini.