Projek ECRL masih dalam proses rundingan - Tun M

Kerajaan masih melakukan rundingan semula dengan pihak berkaitan berhubung Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek itu perlu dinilai semula dan hanya boleh diteruskan jika dilaksanakan dengan skala yang sesuai.