Projek HSR sah ditangguhkan

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ditangguhkan dalam satu tempoh masa yang munasabah tanpa melibatkan pembayaran pampasan. Jelasnya, persetujuan penangguhan dicapai dengan kerajaan Singapura selepas beberapa siri rundingan diadakan.