Projek landasan berkembar elektrik mampu tingkat ekonomi

Projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru yang merentasi Pekan Renggam mampu meningkatkan pembangunan dan ekonomi kawasan itu. Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik berkata, projek itu bakal mengubah landskap pekan itu yang dianggap mati, sekaligus menarik kemasukan pelancong.