Projek Rancangan Tebatan Banjir di Pekan

83,000 penduduk sekitar daerah Pekan akan menerima manfaat dengan pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Pekan. RM564 juta diperuntukkan bagi projek terbabit untuk mengatasi masalah banjir yang melanda daerah itu sejak tahun 1920-an lagi.