Tutup

Proses isytihar harta Ahli Parlimen sehingga Oktober

Dewan Rakyat hari ini secara sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen mengisytiharkan harta masing-masing. Ia selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengemukakan undian secara suara selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menggulung usul tersebut mengakhiri hari pertama mesyuarat kedua penggal kedua Parlimen ke-14 hari ini.