Tutup

Proses kumpul data pembaikan pilihan raya siap Ogos

Proses pengumpulan data dan maklumat melalui program libat urus dengan menjelajah ke seluruh negara oleh Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) dijangka siap bulan depan. Pengerusinya, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata, ketika ini pihaknya sedang menjalankan pengumpulan data dan maklumat di Sabah, bermula di Sandakan.