Tutup

Prosiding kematian bayi didera, dirogol kekal di mahkamah jenayah

Pendakwaan dan prodising kes kematian membabitkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan akibat didera dan dirogol suami pengasuhnya di Bangi baru-baru ini tidak akan dipindahkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin menjelaskan kes tersebut kekal di mahkamah jenayah kerana ia melibatkan kematian.