Protes tutup pintu sempadan, tiga warga Thailand ditahan

Polis kedah menahan tiga lelaki warga Thailand yang dipercayai ada kaitan dengan protes menutup pintu pagar di sempadan Malaysia, menyebabkan kekecohan di kawasan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Ahad lalu. Tiga suspek berusia antara 27 hingga 50 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pasport sah sebelum ditahan di ICQS, pada 11.55 pagi.