Proton sasar satu model baharu setahun

Satu model baharu setiap tahun. Itu sasaran Proton Holdings Bhd (PROTON) selepas pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, Proton X70. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai model akan datang itu.