PSC akan teliti pelantikan beberapa jawatan awam termasuk KP SPRM

William Leong dalam reaksi berkata pihak PSC berpuas hati dengan mesyuarat tersebut selain akan mengemukakan laporan serta cadangan kepada Parlimen dalam masa terdekat. Menurutnya, pihaknya juga akan mengadakan mesyuarat dengan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dalam masa terdekat.