PSC bukan untuk kaut untung

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman mempunyai pandangan sendiri mengenai PSC. Jelasnya, cukai perkhidmatan pelanggan, PSC bukan untuk mengaut keuntungan. Sebaliknya cukai itu 'diberi balik' kepada pengguna lapangan terbang dalam bentuk kemudahan canggih yang disediakan.