PSR - Pulau Pinang sahkan terima surat kelulusan EIA daripada JAS

Kerajaan Pulau Pinang mengesahkan sudah menerima surat kelulusan laporan kesan penilaian alam sekitar (EIA) bagi projek tambak laut untuk membentuk tiga pulau buatan di Perairan Selatan (PSR) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Khamis. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata kelulusan berkenaan bagaimanapun disertakan dengan 72 syarat dan nasihat yang perlu dipatuhi Kerajaan Negeri.