PSR turut jejaskan laut di utara Perak

Nelayan di Perak Utara juga mendakwa Projek Tambak Laut di PSR akan menjejaskan alam sekitar dan kawasan laut di Perak Utara. Menurut Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Hafizudin Nasarudin, aktiviti penambakan menerusi PSR akan menyebabkan berlakunya perlombongan pasir di dasar laut.