#PSX17SEA meriah, peminat sanggup beratur lebih 1km

Lebih 4 ribu pengunjung memeriahkan acara Playstation Experience South East Asia 2017 PSX17SEA yang berlangsung pada Sabtu di KL Live di ibu kota. Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, peminat dilihat beratur sehingga di kaki lima Wisma Genting iaitu kira-kira 1 kilometer dari lokasi acara berlangsung.