Tutup

PT3 Bukan Peperiksaan Berpusat, Ibu Bapa Jangan Risau

Ibu bapa tidak perlu risau mengenai perihal anak-anak dalam menduduki peperiksaan pentaksiran tingkatan 3 (PT3). Menurut Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Dasar & Perkembangan (SPDP) Lembaga Peperiksaan, Dr Rahimah Adam, PT3 merupakan sebahagian daripada pentaksiran berasaskan sekolah dan ibu bapa tidak perlu gusar kerana guru merupakan orang yang paling baik untuk mentaksir anak-anak di sekolah.