Tutup

PTPTN perlu kerjasama dengan KWSP - Wan Agyl

Kerajaan disaran laksana kerjasama antara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kurangkan beban anak muda selesaikan pembayaran balik pinjaman itu. Pengarah Strategik Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan berkata pembayaran balik PTPTN boleh dilaksanakan dengan mengeluarkan wang dari akaun di KWSP.