PTPTN: Potongan gaji RM40 apabila gaji peminjam capai RM2,000

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gaji mereka mencecah RM2000 akan dikenakan potongan pembayaran semula wajib sebanyak dua peratus atau RM40. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching potongan itu akan meningkat secara berkala sehingga 15 peratus, mengikut kenaikan gaji peminjam tersebut.