PTPTN sedia geran sepadan RM500 kepada murid berumur 7-12 tahun

Seramai seratus 33 ribu 49 kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun di seluruh negara menerima insentif geran sepadan sumbangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah 66 ribu 524 juta ringgit sehingga 31 Oktober lalu. Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, di bawah program itu, pelajar cemerlang daripada keluarga miskin akan menikmati insentif sebanyak 500 ringgit seorang yang dimasukkan dalam akaun SSPN-i mereka.