Puas hati jumpa anak - Zunita Sedini

Tiada kata dapat diungkap disaat seorang ibu bertemu anak lelakinya selepas dua bulan menjadi tahanan di Kemboja. Biarpun sedih namun kegembiraan Zunita Sedini, 42 tahun akhirnya terbalas apabila dapat dipertemukan dengan anaknya Yusuf Islam Abdul Halik, 21 tahun yang menjadi salah seorang dari 47 tahanan Malaysia di penjara daerah Bantey Meanchey di Kemboja pada Rabu.