Tutup

Pukul ibu: Penganggur dihantar ke Hospital Permai, Tampoi

Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini mengarahkan seorang penganggur yang berdepan dakwaan memukul ibunya, dihantar ke Hospital Permai di Tampoi, Johor Bahru bagi menjalani rawatan psikiatri. Tertuduh, Muhammad Afzanizam Hairul Azami, 29 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.