Pukul suami kerana ditegur berjudi

Hanya kerana ditegur bermain judi atas talian, seorang wanita sanggup mencederakan suaminya dalam satu kejadian di Lahad Datu. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu juga didapati positif dadah jenis syabu ketika ditahan polis.