Tutup

Pulau Pinang dilanda banjir, 200 mangsa dipindahkan

Empat pusat pemindahan sementara banjir dibuka di pulau pinang berikutan hujan lebat lebih enam jam di beberapa kawasan didaerah Seberang Perai Tengah (SPT). Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh memaklumkan hampir 200 mangsa termasuk empat bayi dipindahkan bermula jam 7 malam tadi hingga 3 pagi hari ini.