Tutup

Pulau Pinang guna khidmat rawatan doktor atas talian pertama

Kerajaan Pulau Pinang buat pertama kalinya menjalinkan kerjasama dengan perkhidmatan DoctorOnCall iaitu rawatan atas talian bagi memudahkan rakyat negeri itu mendapatkan rawatan kesihatan di rumah. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, menerusi perkhidmatan klinik online itu, penduduk dapat berhubung dengan doktor menggunakan peranti di rumah untuk mendapatkan khidmat konsultansi mengenai masalah kesihatan mereka.