Pulih Felda dalam masa 5 tahun - Azmin Ali

Kerajaan mensasarkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan pulih daripada masalah terutama melibatkan aliran tunai dalam tempoh lima tahun. Ia selepas kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata inisiatif itu melibatkan penambahbaikan tadbir urus, penstrukturan dan pengukuhan kewangan dan operasi.