Video  | Dunia

Puluhan dikhuatiri maut dalam serangan gas kimia di Syria

Sekurang-kurangnya 70 orang dikhuatiri maut dalam serangan gas kimia di bandar Douma yang ditawan pemberontak di Timur Ghouta, Syria, pada lewat Sabtu. Ramai dalam kalangan mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak yang meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan.