Kerajaan Johor tidak dapat mengesahkan gangguan kesihatan yang berlaku di Pasir Gudang berpunca daripada kegiatan menanam sisa kimia di bawah tanah oleh pihak kilang. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Tan Chen Choon berkata ini kerana siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa teknikal dan saintifik kes itu, setakat ini, belum menemui apa-apa kesimpulan.