Punca keracunan makanan ketika musim perayaan

Berlaku peningkatan dalam peratusan kejadian keracunan makanan ketika musim perayaan. Antara faktor penyebabkan kejadian tersebut adalah bahan mentah tidak dikendalikan dengan baik, selain masakan tidak dimasak dengan sempurna. Perkara itu didedahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syamil A Samad.