Pusat Jagaan Amal Bistari eksploitasi kanak-kanak

Penutupan Pusat Jagaan Anak-anak Cahaya Amal Bistari di Sungai Petani dilakukan kerana eksploitasi yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ismail Salleh, pusat jagaan itu juga didapati tidak mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).