Tutup

Pusat pemulihan dadah bersepadu akan dibina di Langkawi

Pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah mengenal pasti sekurang kurangnya dua pulau kecil di Langkawi yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pemulihan dan rawatan dadah bersepadu. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, inisiatif ini salah satu usaha aadk dalam membanteras gejala penyalahgunaan dadah terutama di pulau peranginan itu.