Tutup

Pusat Rekreasi Ulu Legong, Baling ditutup sementara

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di Baling, Kedah ditutup sementara susulan enam kes kanak-kanak dimasukkan ke hospital kerana disyaki dijangkiti rotavirus selepas mandi di pusat rekreasi berkenaan. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya mendapati kanak-kanak berusia antara dua hingga 11 tahun itu pernah mengunjungi pusat rekreasi itu pada 30 Januari lalu antara jam 1 hingga 4 pagi.