Rafidah: Gabungan UMNO-Pas hanya untuk raih undi semata-mata

Di pentas "Bicara Minda Bersama Tan Sri Rafidah Aziz", Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indusri membidas tindakan Pas bergabung dengan UMNO. Katanya, gabungan itu hanya matlamat politik semata-mata dan bukannya bertujuan demi pembangunan negara. Malah beliau melihat, ia lebih kepada strategi untuk mereka meraih undi sahaja.