Raih pendapatan lumayan hasil mempelam harumanis

Hanya daripada sebatang pokok, seorang pesara angkatan tentera kini meraih keuntungan mencecah lebih RM2,000 hasil penjualan mempelam harumanis bagi setiap musim. Dia kini memiliki lebih 130 pokok harumanis di Kangar, Perlis, hasil usaha sama dengan birasnya, sorang bakal pesara polis.