Raikan Malaysia bersama Astro sempena Bulan Kebangsaan Kuala Lumpur

Astro meneruskan kempen ?Malaysiaku? sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan merangka dan mengangkat kisah-kisah terbaik Malaysia. Istimewa kali ini, kempen ?Malaysiaku? meraikan keberanian serta memberikan penghormatan kepada rakyat Malaysia yang telah berkorban demi negara, serta menzahirkan inspirasi kepada orang ramai untuk berubah ke arah sesuatu yang lebih baik.