Tutup

Rakyat akan ragui kestabilan PH jika tukar MB Perak

Pergeseran dalaman Pakatan Harapan Perak jika tidak ditangani dengan segera dan cermat mampu menimbulkan keraguan dikalangan rakyat terhadap kestabilan kerajaan negeri. Penganalisis Politik Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat akan mempersoalkan kenapa perlu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu perlu ditukar hanya kerana wujudnya perselisihan dalaman.