Rakyat bosan jika lebih tumpu perubahan politik

Polemik perubahan landskap politik baharu di Sabah boleh menjejaskan fokus pentadbiran kerajaan negeri. Menurut Pensyarah Sains Politik dan Dasar Awam UiTM Sabah, Mohd Raheezal Shah Abdul Kadir isu berkaitan perubahan landskap politik di negeri itu perlu diselesaikan dengan segera bagi merungkai kekeliruan sesetengah pihak.