Rakyat Malaysia bersyukur jerebu berakhir

Menjadi perkongsian hari ini adalah gambar-gambar langit di sekitar Kuala Lumpur yang kembali cerah. Selepas lebih dua bulan berjerebu dan dua hari berturut turut hujan, warga kota bersyukur dapat kembali menikmati keindahan langit biru dan tompokan awan putih.