Rakyat Malaysia dinasihatkan waspada banjir di Townsville

Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di Townsville, Queensland, Australia dan kawasan yang terjejas banjir dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada. Wisma Putra dalam satu kenyataan pada malam Isnin, menasihatkan mereka untuk terus mengikuti berita tempatan dan laporan cuaca.