Tutup

Rakyat Malaysia manipulasi imigresen, tinggal lebih lama - KLN

Kerajaan mendapati terdapat rakyat Malaysia mengambil kesempatan dengan memanipulasi undang-undang imigresen tempatan bagi membolehkan mereka menetap di negara asing dengan tempoh yang lebih lama. Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki yahya berkata tindakan itu telah mengakibatkan kesukaran kepada rakyat Malaysia lain yang berhasrat untuk melancong, belajar, bekerja atau menetap di negara-negara asing secara sah.